Wednesday, February 19, 2014

Amalan Membaca Manzil Menjauhkan Diri Dari Sihir Dan Gangguan Jin



Sudah menjadi ketentuan manusia berhadapan dengan ranjau-ranjau kehidupan apatah lagi kita sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi. Melaksanakan perintah Allah SWT dalam diri dan keluarga tidaklah sepayah melaksanakan dalam masyarakat dan negara.

Diri dan keluarga kita mudah untuk dididik dan dipimpin kerana mereka di bawah tanggungjawab seorang ketua rumahtangga tetapi apabila kita melaksanakan perkara yang sama dalam masyarakat dan sebuah negara tentulah banyak tentangan dan cabaran. Apatah lagi berhadapan dengan masyarakat yang tidak terdidik menuju jalan Allah lebih-lebih lagi menghadapi rintangan yang cukup besar. Musuh akan berusaha menghalang sehingga kita tewas dalam perjuangan membangunkan hukum Allah di dalam masyarakat itu.


Rasulullah SAW memberi petunjuk kepada kita bagaimana untuk kita menghindari dari tipu helah, hasad dengki, adu domba, fitnah dan seumpamanya dari golongan yang sentiasa memusuhi orang-orang yang berusaha di atas jalan agama. Di antaranya yang terkandung di dalam risalah kecil iaitu Manzil yang merupakan himpunan pilihan ayat-ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat.


Manzil ini merupakan ayat penyembuhan beberapa jenis penyakit zahir dan batin serta pelindung daripada serangan sihir atau ilmu syaitan. Manzil merupakan bekalan yang ampuh bagi menghadapi segala macam serangan mereka yang berpunca dari sifat mazmumah.


Justeru itu manzil ini mengandungi khasiat serta kebaikan bagi mereka yang beristiqamah serta tekun mengamalkannya. Disebut di dalam hadis sahih yang dicatatkan dalam sebuah kitab "Hayatus Sahabah" (Jilid ke 3, muka surat 334) hadis tersebut bermaksud seperti berikut :


Ubai bin Kaab ra. meriwayatkan : Sewaktu bersama Rasulullah SAW, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkata, "Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit." "Penyakit apa?" bertanya Rasulullah SAW. "Sejenis gila", menjawab orang tersebut.
Rasulullah SAW menyuruh orang itu membawa saudaranya. Kemudian baginda membaca surah al-Fatihah, 4 ayat pertama surah al-Baqarah. Ayat yang bermula dengan wailahukumilahun wahid...., ayat kursi dan dua ayat seterusnya, 3 ayat terakhir dari surah al-Mutminun, ayat dari surah al-Jin(wa annahu ta'ala), sepuluh ayat pertama surah Wassafat, tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr, surah al-Ikhlas, surah al-Falah, surah an-Nas. Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ, Penyakit yang dideritainya hilang.


                                Amalan membaca kitab Manzil boleh dimalkan selepas Maghrib atau selepas Subuh


Menyentuh mengenai fadhilat Manzil ini, ia mempunyai banyak kebaikan dan terbukti pada mereka yang mengamallannya. Daripada pengalaman kebanyakan orang yang mengamalkannya, Manzil ini sangat mustajab untuk menyembuhkan penyakit khususnya yang ada kaitan dengan sihir dan kerasukan jin.
Kelebihan menggunakan Manzil ini dengan cara pesakit itu membaca ayat-ayat tersebut ataupun orang lain membacanya dan menghembuskan ke atas segelas air atau sebaldi air kemudian air itu diminum tau dimandikan kepada pesakit.


Semoga Allah SWT menyembuhkan melalui pembacaan manzil ini. Selain Manzil, risalah ini mengandungi ayat-ayat "Munjiyat" yang diperoleh daripada pengalaman Ibnu Sirin rahimahullah, untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat-ayat penyembuhan serta rawatan dari pengalaman Imam Abu Qasim Qushairi kemudian di akhir Manzil ini melampirkan satu doa khusus yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada Abu Darda r.a. yang merupakan suatu doa kepada Allah SWT supaya diri, keluarga serta harta terpelihara dari bahaya dan malapetaka.


Mudah-mudahan risalah manzil ini menjadi suatu amalan kita yang berterusan di sisi Allah SWT. Akhirnya sama-samalah kita memohon limpahan rahmat dan nikmat-NYA sentiasa mencucuri dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Wednesday, November 14, 2012

Kemas-kemas dan Sapu-sapu

.........................................
...........................................
........................................................
saje je nak sapu-sapu & kemas-kemas blog ni.. maklumlah dah lame tak berusik :)

Saturday, April 14, 2012

Ungkapan I LOVE YOU Yang Tiada Makna

Assalamualaikum..  salam 1Malaysia. 1, 1 saya sayang ibu.
Setelah sekian lama abang menyepi. Akhirnya semangat menulis abang kembali. Maklumla sibuk bebenor sekarang ni.. sejak jadi cikgu kontrak kerajaan Barisan Nasional selama 12 bln kat kampung tercinta.
Tajuk entry kali ni agak berat dan penuh dengan filharmonika dan metrosika(bahasa tinggi yg abang cipta sendiri)..hehe..
Hari ni kalau kita perhatikan ramai org yang bercouple sebelum nikah. Abang pun x lari dari godaan dunia yg mencabar ni. Ungkapan I LOVE U atau abang sayang ayang, Dinda sayang kanda dan macam-macam lagi seringkali digunakan oleh couple2 ni. Ungkapan ini digunakan bagi meluahkan rasa cinta  dan sayang terhadap pasangan masing-masing sebagai bukti rasa cinta.
Tahukah anda bahawa ungkapan I LOVE U atau sayang ni kosong dan tak memberi apa2 makna kalau si lelaki yang hero ni takde niat untuk bernikah secepat mungkin dengan pasangannya!!!

Kita ikuti kisah yang abang tonjolkan ni :
Izlan seorang pelajar universiti terkemuka di Perak. Dia mempunyai kekasih yang agak manis rupanya bernama Azma. Mereka berdua ni memang kejenye asik berkepit je kat U. Pergi luch & dinner same2 cume breakfast x sempatla sebab masing2 bangun tengah hari. Di mana ada Izlan, di situ ada Azma.
Izlan sering mengungkapkan ucapan I LOVE U kepada Azma tak kira sama ada di msj atau ketika bertemu. Namun suatu hari Azma terfikir xkanla hubungannya setakat bercouple je. Azma mula memikirkan dosa2 yg telah dilakukan semasa couple. Dia juga terfikir yg hubungan yang sah lebih berkat. Jika berterusan begini macam mana hubungan tu nak berkat. Nanti bila dah kahwin, kesan tu akan datang pada anak dan kehidupan berumah tangga. Anak jadi degil, masalah sering melanda.
Tapi Azma optimis bahawa cara yang paling tepat dan selamat adalah dengan bernikah secepat mungkin bagi dosa yang berterusan dilakukan dapat dihentikan dan keberkatan akan muncul. Azma mula menerangkan apa yang difikirkan kepada Izlan. Izlan sedar, betul apa yang Azma cakap. Tapi dia takut kerana  dia tak sedia nak hadapi tekanan dan cabaran dari pihak luar.
Izlan mula memikirkan kesan2 yang akan datang sekiranya dia minta untuk menikah dengan Azma kepada keluarganya. Antara yang difikirkan Izlan ialah :
1)      Dia tak keje lagi, bagaimana dia nak menampung keluarga yang dibina nanti.
2)      Keluarga aku mesti marah dan cakap, habiskan belajar dulu. jangan gatal nak kahwin.
Itulah perkara yang bermain di fikiran Izlan. Namun di sudut hatinya kuat mengatakan “Kalau aku tak nikah cepat, aku akan terus bergelumang dengan dosa, hubungan aku dengan Azma tak halal lagi, tapi aku asik berkepit mengalahkan orang yang dah kahwin. Mak Ayah aku pun akan dapat saham dosa sebab membiarkan aku terus bercouple.
Namun  begitu, hasrat Izlan & Azma terbantut di tengah jalan kerana halangan keluarga yang menentang keras hasrat mereka untuk menikah. Mereka meneruskan kehidupan seperti biasa yang penuh dengan kemaksiatan. Setahun selepas itu, hubungan Izlan & Azma terputus ditengah jalan kerana orang ketiga.

Kesian kan kat Izlan & Azma, mereka ada niat yang baik untuk bernikah tapi kerana faktor dunia yang menganggap lebih baik couple je time belajar daripada menikah sebab tak keje lagi. So kepada ibu bapa or anda yang bakal menjadi ibu bapa pada suatu masa nanti. Jika perkahwinan itu lebih elok dijalankan untuk mengelakkan maksiat dan mendapat keberkatan maka jalankanlah.
Bagi mereka  yang takut nak bernikah sebab rasa tak mampu nak sara isteri dengarlah cakap nabi ni.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Ambillah isteri, kerana beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu”. –H.R At-Thusiy.
Sebenarnya bila kita beristeri, rezeki kita akan bertambah sekalipun isteri kita tu x bekerja. Ada ulamak bagitau. bila kita bujang maka Allah turunkan rezeki kat rumah tu untuk sorang, bila kita dah bernikah maka Allah turunkan rezeki untuk 2 orang kat rumah tu sekalipun isteri tu x bekerja dan bila dapat anak maka Allah turunkan rezeki kat umah tu untuk 3 orang. Jadi janganlah takut nak bernikah sebab rasa tak mampu.
Pesanan terakhir abang  dalam entry kali ni. Kepada anda yang tak mampu nak buat majlis kenduri kahwin yang besar2 macam yang selalu orang lain buat tu. Buatla ikut yang termampu. Apa guna buat grand2 majlis kenduri kahwin kalau membawa masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Yela, duit tak cukup tapi nak buat majlis besar2 macam orang lain, konon kalau tak buat macam orang lain nanti malu. Dahla mak bapak pening memikirkan kena keluarkan duit belanja untuk anak sebab anak tak cukup duit tapi nak buat besar2an. Kalau yang pinjam duit mak bapak untuk kahwin tu selesaikanlah selagi mereka masih hidup. Kalau tak jaga2la, sebab nanti akan timbul masalah dalam perkahwinan ko tu.
Yang belah perempuan pun janganlah mintak hantaran tinggi2 sangat. Mintaklah ikut kemampuan bakal suami. Kesian kat bakal suami tu, pening memikirkan macam mana nak cari duit. Ada kawan abang tu bakal isteri die mintak 2 ribu je. Majlisnya sangat simple tapi berkat. Bapak perempuan tu orang tabligh dan dia faham mana satu perkara yang paling penting iaitu mudahkan  perkahwinan tersebut.
Jadi kepada mereka yang nak nikah cepat marilah kita selamatkan iman dan amal kita di zaman yang penuh pancaroba ni dengan banyakkan amal dan doa khusus semoga Allah mudahkan kita untuk bernikah dan bantu segala segala urusan perkahwinan.
Renung-renungkan dan Selamat Beramal J

Abang nak 1 macam ni boleh x?? hehe

Monday, April 9, 2012

Kembali :)

Assalamualaikum..
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
-
-
-
Abang Datang :)

Tuesday, December 20, 2011

Panglima "Perang" VS Panglima Myspace



Panglima "Perang"



VS


Panglima Myspace





p/s : Agak-agak siapa menang???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...