Sunday, October 30, 2011

Merancang tapi tak jadi???



Assalamualaikum semua.. Tentu rindu kat abang kan..kan??? X ngaku letew..huhu..

Ok.ok..ok.. abang nak citer ckit pasal kehidupan ni. Pernah tak korang rancang sesuatu perkara tapi tak jadi??

Bohongla kalau tak pernah kan… mungkin korang berada dalam situasi di bawah ni :





Situasi 1 :

Mr. Jo sedang bersiap-siap untuk pergi dating dengan aweksnya di ZOO Melaka. Segala persiapan dah dibuat. Kereta dah basuh berkilat, siap wax kat kedai sampai kene bayar RM65. Tapi bagi Mr. Jo dia tak kisah asal aweks dia rasa bangga naik kereta yang berkilat tu walaupun ia hanya kereta Datsun model tahun 1979. Baru je Mr.Jo tu nak sampai di pertengahan jalan bila nak jemput aweksnya tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Dahla ada orang gali tanah nak pasang paip kat tepi jalan. Dahla berkepoh(berlumpur,bertanah) kereta Datsun milik Mr.Jo.

Mr.Jo pun berkata : Aduhai spoil betul la hujan ni. Habis kotor kereta aku kilat2 ni.. Nak jalan2 kat Zoo pun tak boleh.. $%#@%%^*


Kereta Datsun Mr.Jo yang telah kotor



Situasi 2 :

Aril dan Elysa telah lame bercinta. Mereka telah bercinta sejak Tingkatan 1 lagi. Siapa yang tak kenal pasangan Romeo & Juliet ni di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama. Di mana ada Aril di situ ada Elysa. Asik berkepit je. Naik meluat cikgu dgn kawan sekolah tengok. Setelah hampir 7 tahun bercinta(agak2 berapa umo Aril & Elysa?). Aril curang dan telah mendapat aweks yang lebih hot. Elysa tak dapat terima perpisahan antara dia dan Aril. Elysa asik menangis macam orang gile dah. Tak mau makan dan tak nak bercakap dengan orang. Elysa kate die sanggup tunggu Aril sebab dulu Aril janji nak sehidup semati. Tapi semuanya tinggal janji………….


Elysa & Aril yg tengah bermaksiat(gambar hiasan)




Opss amacam terasa ke???hik..hik..hik.. J Mungkin ada yang terlibat dalam situasi di atas. Cuma kat cini Abang nak tunjukkan kebaikan yang berlaku daripada situasi di atas.




Kebaikan or Hikmah Daripada Situasi 1 :

1)    Kalau tak hujan mungkin Mr.Jo akan bawak kereta laju2 untuk sampai ke rumah aweksnya dan die mungkin terlibat dalam kemalangan. Maklumlah Datsun model 1979 J

2)    Kalau tak tak hujan pasti Mr.Jo akan berasa sombong dan riak kerana beranggapan kereta dia sorang yang paling berkilat kat dunia ni. Jangan riak2. Allah tak suka tahu…

3)    Kalau tak hujan mereka pasti akan berjalan-jalan di ZOO, manalah tau tiba2 gajah yang ada kat ZOO tu mengamuk dan memijak Mr.Jo yang ketika itu mahu mengambil gambar buat kenang-kenangan bersama cik gajah. –eee kene pijak sampai terburai isi perut lak tu.. J



Kebaikan or Hikmah Daripada Situasi 2 :

1)    Kalau Elysa terus bercinta dengan Aril mungkin Elysa akan termengandungkan anak luar nikah. Yela asik pegang 2 je. Manalah tahan kalau iman senipis kulit bawang. Korang tak pegang2 kan..kan???

2)    Kalau Elysa terus bercinta dengan Aril dan berkahwin mungkin Aril akan curang kelak walaupun sudah sudah bergelar suami dan mempunyai 3 orang anak.

3)    Mungkin Allah nak temukan Elysa dengan seseorang yang lebih memahami jiwa Elysa dan dapat membimbing Elysa hingga ke syurga.





So nampak tak hikmah daripada setiap perkara yang jadi tu??? Jadi Abang berpesan pada diri abang sendiri dan untuk semua supaya jangan mudah mengeluh dengan masalah yang menimpa. Pasti ada kebaikan disebalik apa yang terjadi. Kita merancang tetapi perancangan Allah lebih baik :)



~SELAMAT BERAMAL~ (^_-)

1 comment:

  1. suka bila bercerita bab2 hikmah ni, sbb byk bnda yg sy nmpak hikmah disebalik perjalanan hidup saya, sungguh indah, benda yg kita x suka(ujian), tp ada kemanisan di sebalik ujian tersebut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...