Saturday, December 3, 2011

Bola itu Bulat

Baru-baru ni rakyat Malaysia begitu berbangga sekali dengan kejayaan pasukan bola sepak U23 di Sukan SEA Indonesia. Begitu emosi kita melihat perlawanan final bertemu Indonesia. Walaupun Indon mula lead tapi Malaysia bangkit dengan header berani mati yang dilakukan oleh Asarudin. Gol tu memang abang nampak Asarudin ni memang bermati-matian nak golkan.

                                            Garuda tersungkur di hadapan Harimau Malaya



Bola..bola..bola.. abang mula kenal bola sepak ni sejak abang sekolah rendah. Masa Pendidikan Jasmani la buat pertama kali abang berpeluang menyepak bola secara live. Rasa bangga di hati apabila cikgu suruh abang demo cara menyepak bola di depan kawan-kawan. Sekali bila sepak kena marah lak dengan cikgu. Abang mula tak berpuas hati dengan Cikgu Ismail ketika itu.



Abang Ajoi : la.. tadi cikgu kata suruh sepak.. Ni marah pulak…

Cikgu Ismail : Yang awak sepak bola tu sampai hujung padang buat ape. sepak dekat-dekat suda..

Abang Ajoi : Oooo…(sengih-sengih sambil lari pergi kutip bola)



Abang  tak berapa reti main bola sepak masa tu.. position yang abang akan ambil adalah CB (center back). Abang tak reti nak drible (menggelecek) dan malas nak kejar bola. So abang akan tunggu bola datang dan clearkan (sepak jauh-jauh J). Masa sekolah rendah memang selalu abang main bola petang-petang kat sekolah. Time sekolah menengah lak abang jarang sangat main bola.. just bila ade pertandingan je baru main.. Tu pun puas member ajak. Masa tu sorang player bola pun abang tak kenal, dengar jela Eric Cantona (eric ikan tuna), Ronaldo, David Becham. Player Malaysia lagila abang tak tau.



Bila abang semester 6 kat U (awal 2010)  abang mula minat kat bola sepak ni. Tu pun disebabkan oleh Benda alah kat bawah ni…

                                            Game Pro Evolution Soccer ni best Bro..



Roomate telah memperkenalkan abang dengan game ni hingga menyebabkan abang ketagih nak main setiap hari J Melalui game ni jugak abang kenal player-player bola yang terkenal dan tau position dan peranan yang perlu dilakukan oleh setiap pemain. Game PES ni jugak buat abang tahu taktikal dalam permainan bola sepak. Jadi kat sini abang amat menyokong budak-budak or sesape je main game ni berbanding main game tembak or yang ganas-ganas tu.


Secara tak langsung ilmu bola sepak tu dapat difahami oleh sesiapa yang main. oh.. penat pulak taip panjang-panjang ni.. Jom layan PES 2011 dengan abang J










P/S : Sorryla Saffe Salli and Safiq Rahim. Abang dah lama main kat Real Madrid (^_^)

1 comment:

  1. hehe...mu klau eric ikan tona tau mu bagi nma bru mampos hang haha....gelak aku dengar nma yg mu bg hihi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...