Saturday, December 3, 2011

It’s a Beautiful Day And I Can’t See It

Tajuk entry  ni abang ambil daripada sebuah video kat Youtube tentang orang buta. Korang biasa tak lihat orang buta or ada di kalangan saudara mara korang yang mengalaminya. Mereka sama je macam kita manusia biasa cuma diorang ni tak dapat melihat tetapi kebanyakannya celik hati. Antara golongan ini yang berjaya contohnya Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh. Beliau merupakan Senator Dewan Negara dan bekas Naib Canselor L & G Twintech Institute Of Technology. Abang tak nafikan bahawa beliau memang seorang yang hebat.



Ok..ok..ok.. korang pernah tak jalan-jalan depan Berjaya Times Squre?? Tak pernah?? Tipu leteww.. haritu abang nampak awak jalan-jalan kat situ siap pegang tangan lagi tu.. Opss jangan salah faham maksud abang pegang tangan adik J  Kalau korang biasa jalan kat area KL ni biasanya korang akan nampak satu line kuning yang timbul kat laluan pejalan kaki macam kat bawah ni.

                                            Line kuning tu adalah laluan khas bagi orang buta



Sebenarnya ini adalah laluan khas bagi orang buta.. bukan saje-saje je letak kat situ. ok abang tau sekarang ni ada yang cakap “oo yeke… or la yeke baru tau” bagi korang yang baru tau J Laluan khas ni dibuat bukan untuk keistimewaan orang buta tapi sebagai kemudahan untuk mereka.

                                     Yang ni patern lain pulak tapi fungsinya sama - at KL Sentral



Tapi yang abang kesal sangat tu ada orang yang tak faham or tak peduli pasal laluan khas ni. Sesuka hati je letak kedai, parking moto, dan letak benda-benda yang menghalang orang buta untuk berjalan dengan selamat kat lauan tu. Sepatutnya laluan ni kena bebas daripada sebarang halangan. Kesian la kat orang buta yang lalu kat situ asik terlanggar, terhantuk dan terjatuh akibat daripada sikap masyarakat yang tak ambil peduli dengan laluan khas tu.

                                  Suka hati je parking motor and buat gerai atas laluan khas ni (>_<)

                                            Apa kejadahnya letak benda ni tengah jalan (>_<)



So abang nak ingatkan kepada yang dah baca entry ni supaya pesanla kat sape yang kacau laluan khas orang buta ni agar jangan buat macam tu dan kita yang dah tahu ni jangan pulak kita halang laluan ni ye..




SelamaT Beramal dan Jangan Notty-Notty ye (^_^)

2 comments:

  1. baca ni wat aku ingat subjek en fauzi jea..thx fren....

    ReplyDelete
  2. mmg gtu la kebanyakan nye y tjdi..kat kaki lima KL tue..bnyak y bukak gerai2 tpi jalan tanpa sdar gnggu lluan org buta.. .serius wanie ngaku :) b4 this mmg ad nmpak lluan kuning2 kat tgh2 tue tataw tuk ape heeheehee.,ta pnah ambk taww..mse form2 bru taw..
    :)
    blushhing **maluu time tue..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...