Korang perasan tak sesetengah masjid ada letak papan notis “Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dilarang memasuki masjid”. Perkara ni menampakkan bahawa AJK masjid di situ kurang mesra dengan kanak-kanak. Padahal masa diorang kecik-kecik dulu ada ke Pak Imam ke Tok Bilal tak kasi diorang masuk masjid. Bila letak signboard tu menunjukkan macam Islam ni kurang mesra dengan kanak-kanak hakikatnya bukan begitu sebenarnya.
Rasulullah S.A.W amat menyukai dan kasih kepada kanak-kanak. Baginda amat menyenangi apabila bersama-sama dengan anak-anak kecil. Malah, kanak-kanak juga amat menyenangi baginda. Kadangkala, mereka suka berpangku di atas peha Baginda. Pernah pada suatu hari, Baginda membariskan Abdullah, Ubaidullah dan putera – putera Saidina Abas yang lain.
Baginda berkata, Siapakah di antara kamu yang terlebih dahulu sampai kepadaku, akan aku berikan sesuatu.Maka mereka berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian mereka duduk dekat Rasulullah dan baginda memeluk dan mencium mereka.
Lihatlah betapa kasihnya Rasulullah S.A.W pada kanak-kanak. Berbeza pulak dengan AJK sesetengah masjid ni. Nak jawatan tapi pergi masjid just time solat Jumaat je. 5 waktunya di mana dong… Ooppss.. teremosi suda.. Abang bukannya ape, masa kecik-kecik nila nak kenalkan pada masjid. Sekurang-kurangnya kanak-kanak dapat pendedahan tentang solat berjemaah.
So kepada korang yang baca ni kalau berani sangat korang buang la signboard tu. Kalau berani je korang bagitaula AJK masjid yang ada signboard macam tu. Kalau tak berapa berani macam abang.. korang tulis la dalam blog korang..hehehe J
Selamat Beramal…Renung-renungkan J
ha'a mmg pasan pon..btw mende nie xsptotnya brlaku yg pnting glakkan knk-knk dkt ngn msjid.time rebung nie la sng nk bntuk, da jadi buluh haram la, kne struggle lbh la mk ayh diorg nk ddik.
ReplyDeletexbrani smpi nk g cbut signbord. insyaAllh akn d prktikkan dlm rumh tgga..one day klu da kwen n suh enchik suami bwa ank ke masjid..klo pk imam mrah meh mak dia p face to face ngn pk imam..ad bran da nie..^_^