Thursday, December 8, 2011

Kau dimomokkan dari kecik

“Sidang Jumaat yang dikasihi Allah S.W.T, marilah kita bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintahNYA serta menjauhi segala laranganNYA. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T ialah orang yang paling bertaqwa. Mudah-mudahan kita akan beroleh ketenangan, keberkatan,kedamaian dan kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.”



Biasa tak dengar ayat kat atas tu. Kalau perempuan cakap tak biasa tu abang faham tapi kalau lelaki tu abang suggest pergi cepat-cepat kat orang berdekatan(yang lebih baik musuh ketat). Suruh dia luku kepala ko laju-laju J Hari ni hari jumaat, memang menjadi kewajipan bagi setiap lelaki beragama Islam untuk pergi menunaikan Solat Jumaat. Pernah sekali dalam seumur hidup , abang nampak perempuan gi solat jumaat kat Masjid Al-Hana Langkawi. Tu pun sorang dua je. Bagi abang tak yah kot, lelaki nak solat pun dah bersempit-sempit sampai ke luar. Better solat kat umah jela ye kak J



Alamak terpanjang pulak intro. Ok berbalik pada tajuk entry kali ni kita memang selalu dihidangkan dengan cerita-cerita hantu kat tv,wayang dan penceritaan oleh kawan-kawan or sape2. Cerita hantu ni memang best didengar tapi memang perit bila korang duduk sorang-sorang di malam yang gelap dan terbayang lak cerita hantu yang korang dengar or tengok tadi. Demm.. nak gi toilet pun takut-takut siap ajak teman.



Sebenarnya apa yang membuatkan ada diantara kita takut sangat disebabkan dari kecik lagi kita dah dimomokkan oleh mak ayah or orang yang lebih tua. Ayat biasa yang selalu orang tua takutkan budak kecik adalah :



1)    eeee.. ape tu.. laa…momok..

2)    Tak baik cakap aku, nanti hantu paku datang.

3)    Dah maghrib ni, masuk rumah cepat nanti hantu kopek bawak lari sorok kat kopek die.

4)    Jangan lari-lari balik ngaji nanti ye. Nanti hantu kejar.

5)    Baik habiskan nasi tu kalau tidak nanti malam-malam nasi tu datang nangis Tanya kenapa kita tak habiskan dia.



Itu adalah sebahagian ayat yang selalu kita dengar masa kecik-kecik dulu. Abang faham mungkin ini adalah satu cara bagi orang tua untuk mendidik anak-anak untuk tak lakukan perkara yang tak elok tapi mungkin cara ni adalah salah di sisi agama.



Sepatutnya sejak dari kecik lagi budak-budak ni kena diajar takutkan Allah. Menurut bidang psikologi pendidikan awal kanak-kanak yang abang belajar masa kat U dulu. Pada usia 2 hingga 12 tahun. Kanak-kanak mula membina kepercayaan terhadap apa yang diperkatakan oleh orang dewasa. Kepercayaan yang ditanam sejak usia kanak-kanak akan dibawa sehingga dewasa. Korang percaya ke teori ni??? abang baru je reka..hahaha tapi ni ada kena mengena dengan Teori Bandura dimana kanak-kanak akan meniru apa yang dilihat pada orang dewasa. Kalau orang dewasa tu takut pada hantu maka budak-budak pun akan ikut dan percaya.



Abang terkesan bila tengok jiran abang masa belajar kat U dulu. Dia ni orang Pakistan, nama dia lupa lak & dia ada anak lelaki kecik nama Arbas Khan. Anak dia ni nakal cikit(sebenarnya banyakJ). Apa yang membuatkan abang terkesan ialah cara dia nasihat anak dia. Walaupun anak dia kecik lagi tapi cara dia explain tu macam cakap dengan orang dewasa. Detail je abang dengar. Kalau anak dia nakal-nakal dia akan cakap “Arbas, don’t do like that, Allah will be angry with u. U know, Allah is powerfull. Allah will punish u if you notty. Dari kecik lagi dah ditanam tentang kekuasaan Allah. Lain betul cara orang Pakistan ni.

                                                       Ni la Arbas Khan :)



So kepada korang dan untuk abang sendiri. Mulakan sesuatu yang baru dalam diri dan seterusnya generasi akan datang InsyaAllah…



p/s: Arbas ada akak cantik muka macam Preity Zinta (^_^)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...