Tuesday, December 6, 2011

Kenapa anda bercinta?

Hari beransur senja, abang masih leka membasuh Honda yang dibeli dengan duit biasiswa daripada KPM dan PAMA(Papa & Mama). Hari tu memang sesuai untuk membasuh Honda abang yang sekian lama kekotoran. Sedang abang membasuh tu, abang teringat pulak pada kisah percintaan beberapa rakan taulan yang pernah abang kenali satu masa dulu. * Eh apa kena mengena basuh motor dengan cinta???
Jawab abang mudah,

 “Membasuh motor tu memerlukan ketelitian dan semangat untuk melihat motor itu dalam keadaan bersih dan cantik, Begitu juga dengan Cinta, Cinta itu memerlukan ketelitian dalam membina dan menyemai perasaan Cinta, jika tidak teliti pasti perhubungan itu akan dicemari oleh pergaduhan seterusnya perpisahan mula terjadi. Cinta juga memerlukan semangat yang kuat untuk melakukan yang terbaik dalam perhubungan, jika tidak Cinta itu mudah rapuh”.




Korang pernah bercinta??? Abang pasti 99 % yang baca entry ni pernah bercinta. Cinta itu indah kan?? Tapi kita kena tahu apa maksud dan niat kita bercinta. Ada macam-macam sebab kenapa orang nak bercinta.



1)    Bila tengok kawan-kawan lain sibuk bercinta, dia pun nak bercinta juga. Yela jeles tengok kawan-kawan yang lain asik keluar dating je dengan BF or GF. Nak juga dating-dating ni.

2)    Bercinta sebab nak bersenggama coz terpengaruh dengan citer kawan-kawan yang berpengalaman. Ni namanye cinta nafsu.

3)    Bercinta sebab nak ada orang carring 24 jam kat dia. Kalau tak bercinta takde pun orang yang kesah.

4)    Ada juga yang bercinta sebab nak balas dendam sebab pernah dilukakan sebelum ni. So dapatlah main-mainkan perempuan or lelaki yang jatuh cinta pada dia.

5)    Bercinta sebab dicabar oleh kawan-kawan. Contoh macam cerita Syurga Cinta, Cikgu Syu kena tipu dengan Awal. one pound beb!!!hahaha

                                       Cikgu Syu & Awal Asyakwasangka- Syurga Cinta



Banyak sebab orang bercinta, tapi kita mesti kena ingat yang cinta yang sebenar hanyalah cinta pada Allah S.W.T. Apabila cinta pada Allah ada dalam diri  maka cinta pada mahkluk itu akan hadir dengan penuh makna. Allah perintahkan manusia untuk bernikah untuk mendapat keredhaanNYA. So kepada anda diluar sana dan peringatan buat abang. Kalau bercinta tu kena niat yang kita nak bercinta tu sebab kita nak kahwin dengan si dia kerana Allah. Barulah hubungan itu akan diberkati dan Allah akan permudahkan jalan untuk kita bernikah InsyaALLAH..





p/s : Doakan abang cepat kahwin ye J

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...