Tuesday, December 20, 2011

Panglima "Perang" VS Panglima Myspace



Panglima "Perang"



VS


Panglima Myspace





p/s : Agak-agak siapa menang???

Tuesday, December 13, 2011

Thursday, December 8, 2011

Kau dimomokkan dari kecik

“Sidang Jumaat yang dikasihi Allah S.W.T, marilah kita bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintahNYA serta menjauhi segala laranganNYA. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T ialah orang yang paling bertaqwa. Mudah-mudahan kita akan beroleh ketenangan, keberkatan,kedamaian dan kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.”



Biasa tak dengar ayat kat atas tu. Kalau perempuan cakap tak biasa tu abang faham tapi kalau lelaki tu abang suggest pergi cepat-cepat kat orang berdekatan(yang lebih baik musuh ketat). Suruh dia luku kepala ko laju-laju J Hari ni hari jumaat, memang menjadi kewajipan bagi setiap lelaki beragama Islam untuk pergi menunaikan Solat Jumaat. Pernah sekali dalam seumur hidup , abang nampak perempuan gi solat jumaat kat Masjid Al-Hana Langkawi. Tu pun sorang dua je. Bagi abang tak yah kot, lelaki nak solat pun dah bersempit-sempit sampai ke luar. Better solat kat umah jela ye kak J



Alamak terpanjang pulak intro. Ok berbalik pada tajuk entry kali ni kita memang selalu dihidangkan dengan cerita-cerita hantu kat tv,wayang dan penceritaan oleh kawan-kawan or sape2. Cerita hantu ni memang best didengar tapi memang perit bila korang duduk sorang-sorang di malam yang gelap dan terbayang lak cerita hantu yang korang dengar or tengok tadi. Demm.. nak gi toilet pun takut-takut siap ajak teman.



Sebenarnya apa yang membuatkan ada diantara kita takut sangat disebabkan dari kecik lagi kita dah dimomokkan oleh mak ayah or orang yang lebih tua. Ayat biasa yang selalu orang tua takutkan budak kecik adalah :



1)    eeee.. ape tu.. laa…momok..

2)    Tak baik cakap aku, nanti hantu paku datang.

3)    Dah maghrib ni, masuk rumah cepat nanti hantu kopek bawak lari sorok kat kopek die.

4)    Jangan lari-lari balik ngaji nanti ye. Nanti hantu kejar.

5)    Baik habiskan nasi tu kalau tidak nanti malam-malam nasi tu datang nangis Tanya kenapa kita tak habiskan dia.



Itu adalah sebahagian ayat yang selalu kita dengar masa kecik-kecik dulu. Abang faham mungkin ini adalah satu cara bagi orang tua untuk mendidik anak-anak untuk tak lakukan perkara yang tak elok tapi mungkin cara ni adalah salah di sisi agama.



Sepatutnya sejak dari kecik lagi budak-budak ni kena diajar takutkan Allah. Menurut bidang psikologi pendidikan awal kanak-kanak yang abang belajar masa kat U dulu. Pada usia 2 hingga 12 tahun. Kanak-kanak mula membina kepercayaan terhadap apa yang diperkatakan oleh orang dewasa. Kepercayaan yang ditanam sejak usia kanak-kanak akan dibawa sehingga dewasa. Korang percaya ke teori ni??? abang baru je reka..hahaha tapi ni ada kena mengena dengan Teori Bandura dimana kanak-kanak akan meniru apa yang dilihat pada orang dewasa. Kalau orang dewasa tu takut pada hantu maka budak-budak pun akan ikut dan percaya.



Abang terkesan bila tengok jiran abang masa belajar kat U dulu. Dia ni orang Pakistan, nama dia lupa lak & dia ada anak lelaki kecik nama Arbas Khan. Anak dia ni nakal cikit(sebenarnya banyakJ). Apa yang membuatkan abang terkesan ialah cara dia nasihat anak dia. Walaupun anak dia kecik lagi tapi cara dia explain tu macam cakap dengan orang dewasa. Detail je abang dengar. Kalau anak dia nakal-nakal dia akan cakap “Arbas, don’t do like that, Allah will be angry with u. U know, Allah is powerfull. Allah will punish u if you notty. Dari kecik lagi dah ditanam tentang kekuasaan Allah. Lain betul cara orang Pakistan ni.

                                                       Ni la Arbas Khan :)



So kepada korang dan untuk abang sendiri. Mulakan sesuatu yang baru dalam diri dan seterusnya generasi akan datang InsyaAllah…



p/s: Arbas ada akak cantik muka macam Preity Zinta (^_^)

Tuesday, December 6, 2011

Cara Mudah Untuk Berkahwin ~_^



p/s : kalaulah urusan perkahwinan sekarang ni mudah.

*komen cikit (^_^)

Kenapa anda bercinta?

Hari beransur senja, abang masih leka membasuh Honda yang dibeli dengan duit biasiswa daripada KPM dan PAMA(Papa & Mama). Hari tu memang sesuai untuk membasuh Honda abang yang sekian lama kekotoran. Sedang abang membasuh tu, abang teringat pulak pada kisah percintaan beberapa rakan taulan yang pernah abang kenali satu masa dulu. * Eh apa kena mengena basuh motor dengan cinta???
Jawab abang mudah,

 “Membasuh motor tu memerlukan ketelitian dan semangat untuk melihat motor itu dalam keadaan bersih dan cantik, Begitu juga dengan Cinta, Cinta itu memerlukan ketelitian dalam membina dan menyemai perasaan Cinta, jika tidak teliti pasti perhubungan itu akan dicemari oleh pergaduhan seterusnya perpisahan mula terjadi. Cinta juga memerlukan semangat yang kuat untuk melakukan yang terbaik dalam perhubungan, jika tidak Cinta itu mudah rapuh”.




Korang pernah bercinta??? Abang pasti 99 % yang baca entry ni pernah bercinta. Cinta itu indah kan?? Tapi kita kena tahu apa maksud dan niat kita bercinta. Ada macam-macam sebab kenapa orang nak bercinta.



1)    Bila tengok kawan-kawan lain sibuk bercinta, dia pun nak bercinta juga. Yela jeles tengok kawan-kawan yang lain asik keluar dating je dengan BF or GF. Nak juga dating-dating ni.

2)    Bercinta sebab nak bersenggama coz terpengaruh dengan citer kawan-kawan yang berpengalaman. Ni namanye cinta nafsu.

3)    Bercinta sebab nak ada orang carring 24 jam kat dia. Kalau tak bercinta takde pun orang yang kesah.

4)    Ada juga yang bercinta sebab nak balas dendam sebab pernah dilukakan sebelum ni. So dapatlah main-mainkan perempuan or lelaki yang jatuh cinta pada dia.

5)    Bercinta sebab dicabar oleh kawan-kawan. Contoh macam cerita Syurga Cinta, Cikgu Syu kena tipu dengan Awal. one pound beb!!!hahaha

                                       Cikgu Syu & Awal Asyakwasangka- Syurga Cinta



Banyak sebab orang bercinta, tapi kita mesti kena ingat yang cinta yang sebenar hanyalah cinta pada Allah S.W.T. Apabila cinta pada Allah ada dalam diri  maka cinta pada mahkluk itu akan hadir dengan penuh makna. Allah perintahkan manusia untuk bernikah untuk mendapat keredhaanNYA. So kepada anda diluar sana dan peringatan buat abang. Kalau bercinta tu kena niat yang kita nak bercinta tu sebab kita nak kahwin dengan si dia kerana Allah. Barulah hubungan itu akan diberkati dan Allah akan permudahkan jalan untuk kita bernikah InsyaALLAH..





p/s : Doakan abang cepat kahwin ye J

Saturday, December 3, 2011

It’s a Beautiful Day And I Can’t See It

Tajuk entry  ni abang ambil daripada sebuah video kat Youtube tentang orang buta. Korang biasa tak lihat orang buta or ada di kalangan saudara mara korang yang mengalaminya. Mereka sama je macam kita manusia biasa cuma diorang ni tak dapat melihat tetapi kebanyakannya celik hati. Antara golongan ini yang berjaya contohnya Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh. Beliau merupakan Senator Dewan Negara dan bekas Naib Canselor L & G Twintech Institute Of Technology. Abang tak nafikan bahawa beliau memang seorang yang hebat.



Ok..ok..ok.. korang pernah tak jalan-jalan depan Berjaya Times Squre?? Tak pernah?? Tipu leteww.. haritu abang nampak awak jalan-jalan kat situ siap pegang tangan lagi tu.. Opss jangan salah faham maksud abang pegang tangan adik J  Kalau korang biasa jalan kat area KL ni biasanya korang akan nampak satu line kuning yang timbul kat laluan pejalan kaki macam kat bawah ni.

                                            Line kuning tu adalah laluan khas bagi orang buta



Sebenarnya ini adalah laluan khas bagi orang buta.. bukan saje-saje je letak kat situ. ok abang tau sekarang ni ada yang cakap “oo yeke… or la yeke baru tau” bagi korang yang baru tau J Laluan khas ni dibuat bukan untuk keistimewaan orang buta tapi sebagai kemudahan untuk mereka.

                                     Yang ni patern lain pulak tapi fungsinya sama - at KL Sentral



Tapi yang abang kesal sangat tu ada orang yang tak faham or tak peduli pasal laluan khas ni. Sesuka hati je letak kedai, parking moto, dan letak benda-benda yang menghalang orang buta untuk berjalan dengan selamat kat lauan tu. Sepatutnya laluan ni kena bebas daripada sebarang halangan. Kesian la kat orang buta yang lalu kat situ asik terlanggar, terhantuk dan terjatuh akibat daripada sikap masyarakat yang tak ambil peduli dengan laluan khas tu.

                                  Suka hati je parking motor and buat gerai atas laluan khas ni (>_<)

                                            Apa kejadahnya letak benda ni tengah jalan (>_<)



So abang nak ingatkan kepada yang dah baca entry ni supaya pesanla kat sape yang kacau laluan khas orang buta ni agar jangan buat macam tu dan kita yang dah tahu ni jangan pulak kita halang laluan ni ye..




SelamaT Beramal dan Jangan Notty-Notty ye (^_^)

Bola itu Bulat

Baru-baru ni rakyat Malaysia begitu berbangga sekali dengan kejayaan pasukan bola sepak U23 di Sukan SEA Indonesia. Begitu emosi kita melihat perlawanan final bertemu Indonesia. Walaupun Indon mula lead tapi Malaysia bangkit dengan header berani mati yang dilakukan oleh Asarudin. Gol tu memang abang nampak Asarudin ni memang bermati-matian nak golkan.

                                            Garuda tersungkur di hadapan Harimau Malaya



Bola..bola..bola.. abang mula kenal bola sepak ni sejak abang sekolah rendah. Masa Pendidikan Jasmani la buat pertama kali abang berpeluang menyepak bola secara live. Rasa bangga di hati apabila cikgu suruh abang demo cara menyepak bola di depan kawan-kawan. Sekali bila sepak kena marah lak dengan cikgu. Abang mula tak berpuas hati dengan Cikgu Ismail ketika itu.



Abang Ajoi : la.. tadi cikgu kata suruh sepak.. Ni marah pulak…

Cikgu Ismail : Yang awak sepak bola tu sampai hujung padang buat ape. sepak dekat-dekat suda..

Abang Ajoi : Oooo…(sengih-sengih sambil lari pergi kutip bola)



Abang  tak berapa reti main bola sepak masa tu.. position yang abang akan ambil adalah CB (center back). Abang tak reti nak drible (menggelecek) dan malas nak kejar bola. So abang akan tunggu bola datang dan clearkan (sepak jauh-jauh J). Masa sekolah rendah memang selalu abang main bola petang-petang kat sekolah. Time sekolah menengah lak abang jarang sangat main bola.. just bila ade pertandingan je baru main.. Tu pun puas member ajak. Masa tu sorang player bola pun abang tak kenal, dengar jela Eric Cantona (eric ikan tuna), Ronaldo, David Becham. Player Malaysia lagila abang tak tau.



Bila abang semester 6 kat U (awal 2010)  abang mula minat kat bola sepak ni. Tu pun disebabkan oleh Benda alah kat bawah ni…

                                            Game Pro Evolution Soccer ni best Bro..



Roomate telah memperkenalkan abang dengan game ni hingga menyebabkan abang ketagih nak main setiap hari J Melalui game ni jugak abang kenal player-player bola yang terkenal dan tau position dan peranan yang perlu dilakukan oleh setiap pemain. Game PES ni jugak buat abang tahu taktikal dalam permainan bola sepak. Jadi kat sini abang amat menyokong budak-budak or sesape je main game ni berbanding main game tembak or yang ganas-ganas tu.


Secara tak langsung ilmu bola sepak tu dapat difahami oleh sesiapa yang main. oh.. penat pulak taip panjang-panjang ni.. Jom layan PES 2011 dengan abang J










P/S : Sorryla Saffe Salli and Safiq Rahim. Abang dah lama main kat Real Madrid (^_^)

Friday, December 2, 2011

AJK Masjid Anti Kanak-Kanak


Korang perasan tak sesetengah masjid ada letak papan notis “Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dilarang memasuki masjid”. Perkara ni menampakkan bahawa AJK masjid di situ kurang mesra dengan kanak-kanak. Padahal masa diorang kecik-kecik dulu ada ke Pak Imam ke Tok Bilal tak kasi diorang masuk masjid. Bila letak signboard tu menunjukkan macam Islam ni kurang mesra dengan kanak-kanak hakikatnya bukan begitu sebenarnya.

                                          Ada nampak tak kat Masjid area korang??


Rasulullah S.A.W amat menyukai dan kasih kepada kanak-kanak. Baginda amat menyenangi apabila bersama-sama dengan anak-anak kecil. Malah, kanak-kanak juga amat menyenangi baginda. Kadangkala, mereka suka berpangku di atas peha Baginda. Pernah pada suatu hari, Baginda membariskan Abdullah, Ubaidullah dan putera – putera Saidina Abas yang lain.



Baginda berkata, Siapakah di antara kamu yang terlebih dahulu sampai kepadaku, akan aku berikan sesuatu.Maka mereka berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian mereka duduk dekat Rasulullah dan baginda memeluk dan mencium mereka.


                                                              Ala tomey-tomey (^_^)


Lihatlah betapa kasihnya Rasulullah S.A.W pada kanak-kanak. Berbeza pulak dengan AJK sesetengah masjid ni. Nak jawatan tapi pergi masjid just time solat Jumaat je. 5 waktunya di mana dong… Ooppss.. teremosi suda.. Abang bukannya ape, masa kecik-kecik nila nak kenalkan pada masjid. Sekurang-kurangnya kanak-kanak dapat pendedahan tentang solat berjemaah.



So kepada korang yang baca ni kalau berani  sangat korang buang la signboard tu. Kalau berani je korang bagitaula AJK masjid yang ada signboard macam tu. Kalau tak berapa berani macam abang.. korang tulis la dalam blog korang..hehehe J



Selamat Beramal…Renung-renungkan J

Wednesday, November 9, 2011

Saya Nak Jadi Cikgu

Kami Guru Malaysia



Hari berlalu sekian lama... Namun Abang tetap tak jadi cikgu lagi. 4 tahun Abang belajar kat UPSI (Universiti Pertemuan Suami Isteri). Banyak kenangan yang telah abang lalui dalam menempuh alam sebagai seorang mahasiswa yang ingin berbakti pada anak bangsa. Pengalaman suka dan duka mengajar erti kehidupan...(ayat kena sedap).



Kalau abang kahwin dulu maybe dah dapat 2 orang anak..hehehe yela 4 tahun. Sekarang ni setelah habis degree. Abang hanya mengusahakan tanaman anggur yang alhamdulillah setakat ni berjaya sejak bulan Ogos yang lalu. Semakin bertambah sihat tubuh badan abang kerana di rumah begitu banyak sekali makanan yang perlu dihabiskan. Berlainan pula suasana ketika abang study kat upsi dulu. Sering mengidam makanan2 yang enak yg hanya mampu dilihat kerana perlu bajet cikit duit tu.



Yela duit yang ada tu macam2 nak guna buat  asignment, t.up, tambang bas nak balik kampung, belanja kawan(jarang sekali) dan macam2 lagi :) Terima Kasihla buat kerajaan Malaysia kerana memberi peluang untuk abang duduk di rumah begitu lama. Dapatla abang membantu ibu & bapa di rumah. Nak qada' masa study dulu :)



Hari2 abang menanti jawapan yang tidak pasti. Bilakah abang akan dipostingkan??? Abang pun nak kumpul duit nak kahwin macam awak yang dah keje tu.. Tau2 jela harini.. nak kahwin pun susah paling kurang pun nak ada RM30k. Kos hidup tinggi dik.. semuanya nak guna duit.



Kepada kawan2 yang senasib dengan abang ni. Teruskan perjuangan menuntut hak kita. Sama2la kita berdoa moga Allah taala mudahkan urusan kita. Apa yang jadi ni adela hikmahnya. Macam entry abang yang di SINI.





p/s : Kami bukan menentang, kami cuma menuntut hak.


Jom Makan Periuk Kera

Rasanya tak terlambat untuk abang ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada yang seagama dengan abang :) Rayakan sebulan..hehe Abang sebenarnya nak tunjukkan korang satu makanan yang ekzotik. Makanan ini jarang-jarang sekali kita dapat lihat di muka bumi ini.. Daripada temubual yang abang jalankan hanya sebahagian kecil manusia je yang pernah jumpa makanan ni..


Mohd Zakuan : ehe.. makanan ape ni nok?? periuk kera???

Tasya(gadis kota) : Eeee.. ape tu?? periuk kera?? bukan ke benda tu makan serangga??

Siti Nor(gadis desa) : Periuk kera??? Boleh makan ke???


Ramai lagi orang yang tak tahu makanan ni. Abang pun baru beberapa tahun yg lalu je baru tau. Periuk kera ni biasanya akan dibuat time raya. Macam lemang jugak konsep dia cuma ia tak dibakar dan tak guna buluh. Ramuannya tetap sama macam lemang.. santan & beras pulut.. cuma ia dikukus je.

Senang je nak buat cuma mungkin payah cikit nak cari periuk kera ni. Hanya terdapat di tempat2 tertentu je.



Periuk kera yang terdapat di hutan tropika



 

Bahagian atas perlu dipotong dan dibersihkan terlebih dahulu





Bahan asas yang perlu ada: Beras Pulut dan Santan




Ramuan asas perlu dimasukkan ke dalam periuk kera




Periuk kera yang sedang dikukus





Periuk kera yang telah siap sedia untuk dimakan:)
Sedap tu santan die banyak..lemak2 rasa (^_-)




Jemputla rase..hehehe kalau teringin nak makan nanti raya datangla umah abang ajoi :)




Wednesday, November 2, 2011

Cinta Elysa Tiru Drama Korea Full House??

Hahaha korang terkejut bukan??  ha...?? tak??? ala kecik hati Abang Ajoi...hehe
Korang tengok cerita Cinta Elysa tak kat TV3 tu?? Tak tengok?? Tipu leteww :p
Abang Ajoi percaye si gadis pasti dah tercegat depan tv bila pukul 9 malam  hari selase..
Tengok-tengok jugak tapi korang perasan tak  ade persamaan  dalam cerita Cinta Elysa dengan cerita Full house. Ala drama korea yang korang tergiler-gilerkan dulu :)

Kat cini Abang Ajoi nak tunjukkan peniruan yang dilakukan dalam Cinta Elysa.


Cuba korang tengok gambar kat bawah ni :





                                                         

 Ni gambar drama Cinta Elysa


 Ni pulak gambar drama Full House
                                                          



Haa.......... nampak tak persamaan kedua-dua drama ni.. Tengok gaya kaki je dah same cume awek korea tu lagi seksi cikitla daripada Fasha Sandha.Mungkin kalau korang selidik dan hayati dua-dua drama ni. Korang mungkin akan perasaan yang gaya watak Aril & Elysa ade sedikit persamaan dengan watak  Lee Young Jae dan Jie Eunn dalam Full House cuma disesuaikan mengikut jalan cerita dan kesesuaian dalam masyarakat Malaysia.




p/s : Three Bear tetap terbaik (^_-)


Monday, October 31, 2011

Kisah Boy & Gurl


Seketika  sedang aku asyik bawak member aku naik moto, tiba-tiba aku teringat pulak kisah sepasang remaja yang hangat bercinta. Diorang ni memang selalu berjumpa. Pantang ade cuti, mesti diorang akan keluar berjalan-jalan, tak kisahla jauh atau dekat. Yang penting dapat jalan same2. Mase tu si boy tu masuk form 6, yang si gurl ni dah melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Biasenye si boy & gurl ni akan setting tempat n masa dulu. Keesokannye bile boy dah siap je, boy akan mesej tanye si gurl .

Boy : As’kum..  Gurl… dah siap ke blum?

Gurl : W’slm.. dah, boy tunggu gurl kat tempat biase ye.. lg 15minit gurl sampai.

Boy pun akan pergi dulu tempat nak ambik gurl sebab boy takut nak ambik gurl kat umh coz takot kene pelempang ngn parent gurl. Gurl akan suruh akak or dady die hntr tmpt yang boy tunggu.

bile dah sampai je gurl akan pastikan line clear dlu sblm suh boy dtg ambik naik moto. Bl line line dah clear boy pun dtg kat gurl dengan hati yang girang gembire J


                                       Boy akan membonceng Gurl menaiki Honda beliau :)



Boy : Hai.. lame x jmp kan..hehe(sengih2 mcm dah setahun x jmp)

Gurl: Ala baru je mggu lps jmp kan? Ala tp gurl suke je klu dpt jmp boy..hehe

Boy : Suke ye..hehe(dlm hati berbunge2 bl gurl ckp cmtu). Meh boy pkaikan gurl helmet.

          waa.. comelnye gurl pakai helmet..hehe

Gurl: Eee.. boy ni ade2 je..(malu2 tp dlm hati suke gler sambil tepuk blkg boy).


Mungkin inilah helmet yg digunakan oleh Boy & Gurl :p





Mereka pun meneruskan perjalanan ke tempat yg hendak dituju. Haritu diorg plan pergi air terjun yg ade dekat derah diorg. Sampai je ke lokasi yg dituju, boy n gurl akan beli air n makanan dlu. Then diorg pun akan menuju ke port yg baekk.. utk diorg pergi lepak. Maksud aku tempat terbuka yg ramai org J

Boy n gurl pun melepakkan dirinye sambil mkn n minum sambil borak2. Isi yg biasenye terdapat dlm perborakkan mereka adalah :

1. Laporan sepanjang mggu lepas.

2. Bincang mase depan.

3. Luahan hati kalau ade sape2 yg sakitkan hati.

Sambil2 tu boy n gurl akan suap-menyuap makanan antara satu same lain. Boy ade cerite kat aku bile gurl suap je makanan kat mulut die, boy rase aura kasih syg masuk dlm hati die. Aku pun ye kan jela sebab aku pun xde pglmn bercinte2 ni..hehe

Mase pun terus berlalu, boy dah melanjutkan pelajaran ke menara gading manakala gurl dah mule bekerja di sebuah syarikat swasta. Bile gurl dah bekerja, mase & care berfikir pun dah x same mcm ms student dulu. Jd bykla kekangan waktu utk bersame selalu dgn boy. Boy cuba memahami situasi gurl yg mungkin sibuk bekerja hingga tidak membls msj or call dr boy.

Lame-kelamaan boy mule mengesyaki sesuatu terhadap diri gurl. Boy yg 6sense nye kuat bertanye pd gurl.

Boy : Gurl skrg ni lain mcm je boy tgk. Selalu x bls msj or jwb call boy. Cb gurl bgtau knp atau gurl dah ade org lain?? ckpla betul2..

Gurl : Eh.. xdela.. gurl cume bz ckit kot.

Boy : Gurl jgn main2.. dlu ms mule2 kje gurl xde pun mcm ni. blh je bls msj boy. Tp skrg ni 1 msj pun payah nak bls 1 hr. ckpla betul2.. jgnla buat boy mcm ni…

Gurl : Erm.. sbnrnye gurl ade knl sorg lelaki ni.. die baik.. selalu tolong gurl kt office.. lame2 gurl rs suke kat die.. sorila.. gurl xtaula dgn hati gurl ni..

mase tu hati boy dah mcm kace yg berderai kene tembak ngn M16 je rsnye.. kesian aku tgk boy.

kat kelas aku tgk die cam happy je tp bl blk kolej asik menangis je kjenye.. Kdg2 aku tgk boy tu dah mcm tentu arah je hdup die. Xnak mknla, xnak keluarr g mn2 la. die keluar time g kelas je… Lame dlm 2 mggu ptus tu aku tgk boy dah jrg menangis2 ni. Menangis pun time die bc Quran. nangis sbb x pndai bc kot.hehe

Boy betul2 berubah, die rajin g surau kt kolej. Yg aku pelik tu subuh pun die blh g surau, sblm ni subuh pun semayang  waktu subuh gajah(7.30-10.00 a.m), alasannye x sedar, jnji semayang katenye..

                     Quran ni dah jd sahabat baik Boy. Setiap kali baca Quran mesti Boy nangis.



Boy semakin tenang skrg. Die dah jd lebih baik drpd sebelum ni. Die ckp dgn aku yg setiap perkara tu ade hikmahnye. Betul jgk ckp die tu. Aku happy tgk die dah ok skrg,xdela sedih mcm dlu. Sian aku tgk..

Aku dah lame x dgr cter gurl. Boy kate die skit.. Ermm.. ntahla.. aku tgk dah mcm cerita korea dah. So kepada couple2 diluar sane beringat2la ckit ms bercinta tu. Jgnla fikir yg korg akan terus bahagia utk selamanye sebab kite pun xtau ape yg akan jadi pd ms hadapan. Jg batasan n syariat, jgn mudah2 je bg pegang2.

Bernikah memang indah :)


 p/s : entry ni abang ambil dari blog lama abang.






Sunday, October 30, 2011

Merancang tapi tak jadi???



Assalamualaikum semua.. Tentu rindu kat abang kan..kan??? X ngaku letew..huhu..

Ok.ok..ok.. abang nak citer ckit pasal kehidupan ni. Pernah tak korang rancang sesuatu perkara tapi tak jadi??

Bohongla kalau tak pernah kan… mungkin korang berada dalam situasi di bawah ni :





Situasi 1 :

Mr. Jo sedang bersiap-siap untuk pergi dating dengan aweksnya di ZOO Melaka. Segala persiapan dah dibuat. Kereta dah basuh berkilat, siap wax kat kedai sampai kene bayar RM65. Tapi bagi Mr. Jo dia tak kisah asal aweks dia rasa bangga naik kereta yang berkilat tu walaupun ia hanya kereta Datsun model tahun 1979. Baru je Mr.Jo tu nak sampai di pertengahan jalan bila nak jemput aweksnya tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Dahla ada orang gali tanah nak pasang paip kat tepi jalan. Dahla berkepoh(berlumpur,bertanah) kereta Datsun milik Mr.Jo.

Mr.Jo pun berkata : Aduhai spoil betul la hujan ni. Habis kotor kereta aku kilat2 ni.. Nak jalan2 kat Zoo pun tak boleh.. $%#@%%^*


Kereta Datsun Mr.Jo yang telah kotor



Situasi 2 :

Aril dan Elysa telah lame bercinta. Mereka telah bercinta sejak Tingkatan 1 lagi. Siapa yang tak kenal pasangan Romeo & Juliet ni di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama. Di mana ada Aril di situ ada Elysa. Asik berkepit je. Naik meluat cikgu dgn kawan sekolah tengok. Setelah hampir 7 tahun bercinta(agak2 berapa umo Aril & Elysa?). Aril curang dan telah mendapat aweks yang lebih hot. Elysa tak dapat terima perpisahan antara dia dan Aril. Elysa asik menangis macam orang gile dah. Tak mau makan dan tak nak bercakap dengan orang. Elysa kate die sanggup tunggu Aril sebab dulu Aril janji nak sehidup semati. Tapi semuanya tinggal janji………….


Elysa & Aril yg tengah bermaksiat(gambar hiasan)




Opss amacam terasa ke???hik..hik..hik.. J Mungkin ada yang terlibat dalam situasi di atas. Cuma kat cini Abang nak tunjukkan kebaikan yang berlaku daripada situasi di atas.




Kebaikan or Hikmah Daripada Situasi 1 :

1)    Kalau tak hujan mungkin Mr.Jo akan bawak kereta laju2 untuk sampai ke rumah aweksnya dan die mungkin terlibat dalam kemalangan. Maklumlah Datsun model 1979 J

2)    Kalau tak tak hujan pasti Mr.Jo akan berasa sombong dan riak kerana beranggapan kereta dia sorang yang paling berkilat kat dunia ni. Jangan riak2. Allah tak suka tahu…

3)    Kalau tak hujan mereka pasti akan berjalan-jalan di ZOO, manalah tau tiba2 gajah yang ada kat ZOO tu mengamuk dan memijak Mr.Jo yang ketika itu mahu mengambil gambar buat kenang-kenangan bersama cik gajah. –eee kene pijak sampai terburai isi perut lak tu.. J



Kebaikan or Hikmah Daripada Situasi 2 :

1)    Kalau Elysa terus bercinta dengan Aril mungkin Elysa akan termengandungkan anak luar nikah. Yela asik pegang 2 je. Manalah tahan kalau iman senipis kulit bawang. Korang tak pegang2 kan..kan???

2)    Kalau Elysa terus bercinta dengan Aril dan berkahwin mungkin Aril akan curang kelak walaupun sudah sudah bergelar suami dan mempunyai 3 orang anak.

3)    Mungkin Allah nak temukan Elysa dengan seseorang yang lebih memahami jiwa Elysa dan dapat membimbing Elysa hingga ke syurga.





So nampak tak hikmah daripada setiap perkara yang jadi tu??? Jadi Abang berpesan pada diri abang sendiri dan untuk semua supaya jangan mudah mengeluh dengan masalah yang menimpa. Pasti ada kebaikan disebalik apa yang terjadi. Kita merancang tetapi perancangan Allah lebih baik :)



~SELAMAT BERAMAL~ (^_-)

Baru Lahir

Assalamualaikum W.B.T.
Syukur pada Allah taala sebab bagi Abang Ajoi untuk buat blog ni :)

Rasa terpanggil untuk menulis becoz mahu berkongsi sesuatu dengan korang semua :)
Blog abang ni baru lahir. So masih suci lagi tau. Mungkin banyak kelemahan dan kekurangan dalam penulisan abang, hope korang semua dapat ambik menafaat yang baik dari entry2 seterusnya nanti..


Ala tomey-tomey :)




See u all in next entry (^_-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...