Thursday, October 1, 2020
Tuesday, February 5, 2019
Wednesday, February 19, 2014
Amalan Membaca Manzil Menjauhkan Diri Dari Sihir Dan Gangguan Jin
Sudah menjadi ketentuan manusia berhadapan dengan ranjau-ranjau kehidupan apatah lagi kita sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi. Melaksanakan perintah Allah SWT dalam diri dan keluarga tidaklah sepayah melaksanakan dalam masyarakat dan negara.
Diri dan keluarga kita mudah untuk dididik dan dipimpin kerana mereka di bawah tanggungjawab seorang ketua rumahtangga tetapi apabila kita melaksanakan perkara yang sama dalam masyarakat dan sebuah negara tentulah banyak tentangan dan cabaran. Apatah lagi berhadapan dengan masyarakat yang tidak terdidik menuju jalan Allah lebih-lebih lagi menghadapi rintangan yang cukup besar. Musuh akan berusaha menghalang sehingga kita tewas dalam perjuangan membangunkan hukum Allah di dalam masyarakat itu.
Rasulullah SAW memberi petunjuk kepada kita bagaimana untuk kita menghindari dari tipu helah, hasad dengki, adu domba, fitnah dan seumpamanya dari golongan yang sentiasa memusuhi orang-orang yang berusaha di atas jalan agama. Di antaranya yang terkandung di dalam risalah kecil iaitu Manzil yang merupakan himpunan pilihan ayat-ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat.
Manzil ini merupakan ayat penyembuhan beberapa jenis penyakit zahir dan batin serta pelindung daripada serangan sihir atau ilmu syaitan. Manzil merupakan bekalan yang ampuh bagi menghadapi segala macam serangan mereka yang berpunca dari sifat mazmumah.
Justeru itu manzil ini mengandungi khasiat serta kebaikan bagi mereka yang beristiqamah serta tekun mengamalkannya. Disebut di dalam hadis sahih yang dicatatkan dalam sebuah kitab "Hayatus Sahabah" (Jilid ke 3, muka surat 334) hadis tersebut bermaksud seperti berikut :
Ubai bin Kaab ra. meriwayatkan : Sewaktu bersama Rasulullah SAW, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkata, "Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit." "Penyakit apa?" bertanya Rasulullah SAW. "Sejenis gila", menjawab orang tersebut.
Rasulullah SAW menyuruh orang itu membawa saudaranya. Kemudian baginda membaca surah al-Fatihah, 4 ayat pertama surah al-Baqarah. Ayat yang bermula dengan wailahukumilahun wahid...., ayat kursi dan dua ayat seterusnya, 3 ayat terakhir dari surah al-Mutminun, ayat dari surah al-Jin(wa annahu ta'ala), sepuluh ayat pertama surah Wassafat, tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr, surah al-Ikhlas, surah al-Falah, surah an-Nas. Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ, Penyakit yang dideritainya hilang.
Amalan membaca kitab Manzil boleh dimalkan selepas Maghrib atau selepas Subuh
Menyentuh mengenai fadhilat Manzil ini, ia mempunyai banyak kebaikan dan terbukti pada mereka yang mengamallannya. Daripada pengalaman kebanyakan orang yang mengamalkannya, Manzil ini sangat mustajab untuk menyembuhkan penyakit khususnya yang ada kaitan dengan sihir dan kerasukan jin.
Kelebihan menggunakan Manzil ini dengan cara pesakit itu membaca ayat-ayat tersebut ataupun orang lain membacanya dan menghembuskan ke atas segelas air atau sebaldi air kemudian air itu diminum tau dimandikan kepada pesakit.
Semoga Allah SWT menyembuhkan melalui pembacaan manzil ini. Selain Manzil, risalah ini mengandungi ayat-ayat "Munjiyat" yang diperoleh daripada pengalaman Ibnu Sirin rahimahullah, untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat-ayat penyembuhan serta rawatan dari pengalaman Imam Abu Qasim Qushairi kemudian di akhir Manzil ini melampirkan satu doa khusus yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada Abu Darda r.a. yang merupakan suatu doa kepada Allah SWT supaya diri, keluarga serta harta terpelihara dari bahaya dan malapetaka.
Mudah-mudahan risalah manzil ini menjadi suatu amalan kita yang berterusan di sisi Allah SWT. Akhirnya sama-samalah kita memohon limpahan rahmat dan nikmat-NYA sentiasa mencucuri dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Wednesday, November 14, 2012
Kemas-kemas dan Sapu-sapu
.........................................
...........................................
........................................................
saje je nak sapu-sapu & kemas-kemas blog ni.. maklumlah dah lame tak berusik :)
...........................................
........................................................
saje je nak sapu-sapu & kemas-kemas blog ni.. maklumlah dah lame tak berusik :)
Saturday, April 14, 2012
Ungkapan I LOVE YOU Yang Tiada Makna
Assalamualaikum.. salam 1Malaysia. 1, 1 saya sayang ibu.
Setelah sekian lama abang menyepi. Akhirnya semangat menulis abang kembali. Maklumla sibuk bebenor sekarang ni.. sejak jadi cikgu kontrak kerajaan Barisan Nasional selama 12 bln kat kampung tercinta.
Tajuk entry kali ni agak berat dan penuh dengan filharmonika dan metrosika(bahasa tinggi yg abang cipta sendiri)..hehe..
Hari ni kalau kita perhatikan ramai org yang bercouple sebelum nikah. Abang pun x lari dari godaan dunia yg mencabar ni. Ungkapan I LOVE U atau abang sayang ayang, Dinda sayang kanda dan macam-macam lagi seringkali digunakan oleh couple2 ni. Ungkapan ini digunakan bagi meluahkan rasa cinta dan sayang terhadap pasangan masing-masing sebagai bukti rasa cinta.
Tahukah anda bahawa ungkapan I LOVE U atau sayang ni kosong dan tak memberi apa2 makna kalau si lelaki yang hero ni takde niat untuk bernikah secepat mungkin dengan pasangannya!!!
Kita ikuti kisah yang abang tonjolkan ni :
Izlan seorang pelajar universiti terkemuka di Perak. Dia mempunyai kekasih yang agak manis rupanya bernama Azma. Mereka berdua ni memang kejenye asik berkepit je kat U. Pergi luch & dinner same2 cume breakfast x sempatla sebab masing2 bangun tengah hari. Di mana ada Izlan, di situ ada Azma.
Izlan sering mengungkapkan ucapan I LOVE U kepada Azma tak kira sama ada di msj atau ketika bertemu. Namun suatu hari Azma terfikir xkanla hubungannya setakat bercouple je. Azma mula memikirkan dosa2 yg telah dilakukan semasa couple. Dia juga terfikir yg hubungan yang sah lebih berkat. Jika berterusan begini macam mana hubungan tu nak berkat. Nanti bila dah kahwin, kesan tu akan datang pada anak dan kehidupan berumah tangga. Anak jadi degil, masalah sering melanda.
Tapi Azma optimis bahawa cara yang paling tepat dan selamat adalah dengan bernikah secepat mungkin bagi dosa yang berterusan dilakukan dapat dihentikan dan keberkatan akan muncul. Azma mula menerangkan apa yang difikirkan kepada Izlan. Izlan sedar, betul apa yang Azma cakap. Tapi dia takut kerana dia tak sedia nak hadapi tekanan dan cabaran dari pihak luar.
Izlan mula memikirkan kesan2 yang akan datang sekiranya dia minta untuk menikah dengan Azma kepada keluarganya. Antara yang difikirkan Izlan ialah :
1) Dia tak keje lagi, bagaimana dia nak menampung keluarga yang dibina nanti.
2) Keluarga aku mesti marah dan cakap, habiskan belajar dulu. jangan gatal nak kahwin.
Itulah perkara yang bermain di fikiran Izlan. Namun di sudut hatinya kuat mengatakan “Kalau aku tak nikah cepat, aku akan terus bergelumang dengan dosa, hubungan aku dengan Azma tak halal lagi, tapi aku asik berkepit mengalahkan orang yang dah kahwin. Mak Ayah aku pun akan dapat saham dosa sebab membiarkan aku terus bercouple.
Namun begitu, hasrat Izlan & Azma terbantut di tengah jalan kerana halangan keluarga yang menentang keras hasrat mereka untuk menikah. Mereka meneruskan kehidupan seperti biasa yang penuh dengan kemaksiatan. Setahun selepas itu, hubungan Izlan & Azma terputus ditengah jalan kerana orang ketiga.
Kesian kan kat Izlan & Azma, mereka ada niat yang baik untuk bernikah tapi kerana faktor dunia yang menganggap lebih baik couple je time belajar daripada menikah sebab tak keje lagi. So kepada ibu bapa or anda yang bakal menjadi ibu bapa pada suatu masa nanti. Jika perkahwinan itu lebih elok dijalankan untuk mengelakkan maksiat dan mendapat keberkatan maka jalankanlah.
Bagi mereka yang takut nak bernikah sebab rasa tak mampu nak sara isteri dengarlah cakap nabi ni.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Ambillah isteri, kerana beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu”. –H.R At-Thusiy.
Sebenarnya bila kita beristeri, rezeki kita akan bertambah sekalipun isteri kita tu x bekerja. Ada ulamak bagitau. bila kita bujang maka Allah turunkan rezeki kat rumah tu untuk sorang, bila kita dah bernikah maka Allah turunkan rezeki untuk 2 orang kat rumah tu sekalipun isteri tu x bekerja dan bila dapat anak maka Allah turunkan rezeki kat umah tu untuk 3 orang. Jadi janganlah takut nak bernikah sebab rasa tak mampu.
Pesanan terakhir abang dalam entry kali ni. Kepada anda yang tak mampu nak buat majlis kenduri kahwin yang besar2 macam yang selalu orang lain buat tu. Buatla ikut yang termampu. Apa guna buat grand2 majlis kenduri kahwin kalau membawa masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Yela, duit tak cukup tapi nak buat majlis besar2 macam orang lain, konon kalau tak buat macam orang lain nanti malu. Dahla mak bapak pening memikirkan kena keluarkan duit belanja untuk anak sebab anak tak cukup duit tapi nak buat besar2an. Kalau yang pinjam duit mak bapak untuk kahwin tu selesaikanlah selagi mereka masih hidup. Kalau tak jaga2la, sebab nanti akan timbul masalah dalam perkahwinan ko tu.
Yang belah perempuan pun janganlah mintak hantaran tinggi2 sangat. Mintaklah ikut kemampuan bakal suami. Kesian kat bakal suami tu, pening memikirkan macam mana nak cari duit. Ada kawan abang tu bakal isteri die mintak 2 ribu je. Majlisnya sangat simple tapi berkat. Bapak perempuan tu orang tabligh dan dia faham mana satu perkara yang paling penting iaitu mudahkan perkahwinan tersebut.
Jadi kepada mereka yang nak nikah cepat marilah kita selamatkan iman dan amal kita di zaman yang penuh pancaroba ni dengan banyakkan amal dan doa khusus semoga Allah mudahkan kita untuk bernikah dan bantu segala segala urusan perkahwinan.
Renung-renungkan dan Selamat Beramal J
Abang nak 1 macam ni boleh x?? hehe
Monday, April 9, 2012
Kembali :)
Assalamualaikum..
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
-
-
-
Abang Datang :)
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
-
-
-
Abang Datang :)
Tuesday, December 20, 2011
Panglima "Perang" VS Panglima Myspace
Panglima "Perang"
VS
Panglima Myspace
p/s : Agak-agak siapa menang???
Tuesday, December 13, 2011
Cinta Tak Pernah Salah
Thursday, December 8, 2011
Kau dimomokkan dari kecik
“Sidang Jumaat yang dikasihi Allah S.W.T, marilah kita bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintahNYA serta menjauhi segala laranganNYA. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T ialah orang yang paling bertaqwa. Mudah-mudahan kita akan beroleh ketenangan, keberkatan,kedamaian dan kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.”
Biasa tak dengar ayat kat atas tu. Kalau perempuan cakap tak biasa tu abang faham tapi kalau lelaki tu abang suggest pergi cepat-cepat kat orang berdekatan(yang lebih baik musuh ketat). Suruh dia luku kepala ko laju-laju J Hari ni hari jumaat, memang menjadi kewajipan bagi setiap lelaki beragama Islam untuk pergi menunaikan Solat Jumaat. Pernah sekali dalam seumur hidup , abang nampak perempuan gi solat jumaat kat Masjid Al-Hana Langkawi. Tu pun sorang dua je. Bagi abang tak yah kot, lelaki nak solat pun dah bersempit-sempit sampai ke luar. Better solat kat umah jela ye kak J
Alamak terpanjang pulak intro. Ok berbalik pada tajuk entry kali ni kita memang selalu dihidangkan dengan cerita-cerita hantu kat tv,wayang dan penceritaan oleh kawan-kawan or sape2. Cerita hantu ni memang best didengar tapi memang perit bila korang duduk sorang-sorang di malam yang gelap dan terbayang lak cerita hantu yang korang dengar or tengok tadi. Demm.. nak gi toilet pun takut-takut siap ajak teman.
Sebenarnya apa yang membuatkan ada diantara kita takut sangat disebabkan dari kecik lagi kita dah dimomokkan oleh mak ayah or orang yang lebih tua. Ayat biasa yang selalu orang tua takutkan budak kecik adalah :
1) eeee.. ape tu.. laa…momok..
2) Tak baik cakap aku, nanti hantu paku datang.
3) Dah maghrib ni, masuk rumah cepat nanti hantu kopek bawak lari sorok kat kopek die.
4) Jangan lari-lari balik ngaji nanti ye. Nanti hantu kejar.
5) Baik habiskan nasi tu kalau tidak nanti malam-malam nasi tu datang nangis Tanya kenapa kita tak habiskan dia.
Itu adalah sebahagian ayat yang selalu kita dengar masa kecik-kecik dulu. Abang faham mungkin ini adalah satu cara bagi orang tua untuk mendidik anak-anak untuk tak lakukan perkara yang tak elok tapi mungkin cara ni adalah salah di sisi agama.
Sepatutnya sejak dari kecik lagi budak-budak ni kena diajar takutkan Allah. Menurut bidang psikologi pendidikan awal kanak-kanak yang abang belajar masa kat U dulu. Pada usia 2 hingga 12 tahun. Kanak-kanak mula membina kepercayaan terhadap apa yang diperkatakan oleh orang dewasa. Kepercayaan yang ditanam sejak usia kanak-kanak akan dibawa sehingga dewasa. Korang percaya ke teori ni??? abang baru je reka..hahaha tapi ni ada kena mengena dengan Teori Bandura dimana kanak-kanak akan meniru apa yang dilihat pada orang dewasa. Kalau orang dewasa tu takut pada hantu maka budak-budak pun akan ikut dan percaya.
Abang terkesan bila tengok jiran abang masa belajar kat U dulu. Dia ni orang Pakistan, nama dia lupa lak & dia ada anak lelaki kecik nama Arbas Khan. Anak dia ni nakal cikit(sebenarnya banyakJ). Apa yang membuatkan abang terkesan ialah cara dia nasihat anak dia. Walaupun anak dia kecik lagi tapi cara dia explain tu macam cakap dengan orang dewasa. Detail je abang dengar. Kalau anak dia nakal-nakal dia akan cakap “Arbas, don’t do like that, Allah will be angry with u. U know, Allah is powerfull. Allah will punish u if you notty. Dari kecik lagi dah ditanam tentang kekuasaan Allah. Lain betul cara orang Pakistan ni.
So kepada korang dan untuk abang sendiri. Mulakan sesuatu yang baru dalam diri dan seterusnya generasi akan datang InsyaAllah…
p/s: Arbas ada akak cantik muka macam Preity Zinta (^_^)
Tuesday, December 6, 2011
Kenapa anda bercinta?
Hari beransur senja, abang masih leka membasuh Honda yang dibeli dengan duit biasiswa daripada KPM dan PAMA(Papa & Mama). Hari tu memang sesuai untuk membasuh Honda abang yang sekian lama kekotoran. Sedang abang membasuh tu, abang teringat pulak pada kisah percintaan beberapa rakan taulan yang pernah abang kenali satu masa dulu. * Eh apa kena mengena basuh motor dengan cinta???
Jawab abang mudah,
Jawab abang mudah,
“Membasuh motor tu memerlukan ketelitian dan semangat untuk melihat motor itu dalam keadaan bersih dan cantik, Begitu juga dengan Cinta, Cinta itu memerlukan ketelitian dalam membina dan menyemai perasaan Cinta, jika tidak teliti pasti perhubungan itu akan dicemari oleh pergaduhan seterusnya perpisahan mula terjadi. Cinta juga memerlukan semangat yang kuat untuk melakukan yang terbaik dalam perhubungan, jika tidak Cinta itu mudah rapuh”.
Korang pernah bercinta??? Abang pasti 99 % yang baca entry ni pernah bercinta. Cinta itu indah kan?? Tapi kita kena tahu apa maksud dan niat kita bercinta. Ada macam-macam sebab kenapa orang nak bercinta.
1) Bila tengok kawan-kawan lain sibuk bercinta, dia pun nak bercinta juga. Yela jeles tengok kawan-kawan yang lain asik keluar dating je dengan BF or GF. Nak juga dating-dating ni.
2) Bercinta sebab nak bersenggama coz terpengaruh dengan citer kawan-kawan yang berpengalaman. Ni namanye cinta nafsu.
3) Bercinta sebab nak ada orang carring 24 jam kat dia. Kalau tak bercinta takde pun orang yang kesah.
4) Ada juga yang bercinta sebab nak balas dendam sebab pernah dilukakan sebelum ni. So dapatlah main-mainkan perempuan or lelaki yang jatuh cinta pada dia.
5) Bercinta sebab dicabar oleh kawan-kawan. Contoh macam cerita Syurga Cinta, Cikgu Syu kena tipu dengan Awal. one pound beb!!!hahaha
Banyak sebab orang bercinta, tapi kita mesti kena ingat yang cinta yang sebenar hanyalah cinta pada Allah S.W.T. Apabila cinta pada Allah ada dalam diri maka cinta pada mahkluk itu akan hadir dengan penuh makna. Allah perintahkan manusia untuk bernikah untuk mendapat keredhaanNYA. So kepada anda diluar sana dan peringatan buat abang. Kalau bercinta tu kena niat yang kita nak bercinta tu sebab kita nak kahwin dengan si dia kerana Allah. Barulah hubungan itu akan diberkati dan Allah akan permudahkan jalan untuk kita bernikah InsyaALLAH..
p/s : Doakan abang cepat kahwin ye J
Saturday, December 3, 2011
It’s a Beautiful Day And I Can’t See It
Tajuk entry ni abang ambil daripada sebuah video kat Youtube tentang orang buta. Korang biasa tak lihat orang buta or ada di kalangan saudara mara korang yang mengalaminya. Mereka sama je macam kita manusia biasa cuma diorang ni tak dapat melihat tetapi kebanyakannya celik hati. Antara golongan ini yang berjaya contohnya Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh. Beliau merupakan Senator Dewan Negara dan bekas Naib Canselor L & G Twintech Institute Of Technology. Abang tak nafikan bahawa beliau memang seorang yang hebat.
Ok..ok..ok.. korang pernah tak jalan-jalan depan Berjaya Times Squre?? Tak pernah?? Tipu leteww.. haritu abang nampak awak jalan-jalan kat situ siap pegang tangan lagi tu.. Opss jangan salah faham maksud abang pegang tangan adik J Kalau korang biasa jalan kat area KL ni biasanya korang akan nampak satu line kuning yang timbul kat laluan pejalan kaki macam kat bawah ni.
Sebenarnya ini adalah laluan khas bagi orang buta.. bukan saje-saje je letak kat situ. ok abang tau sekarang ni ada yang cakap “oo yeke… or la yeke baru tau” bagi korang yang baru tau J Laluan khas ni dibuat bukan untuk keistimewaan orang buta tapi sebagai kemudahan untuk mereka.
Tapi yang abang kesal sangat tu ada orang yang tak faham or tak peduli pasal laluan khas ni. Sesuka hati je letak kedai, parking moto, dan letak benda-benda yang menghalang orang buta untuk berjalan dengan selamat kat lauan tu. Sepatutnya laluan ni kena bebas daripada sebarang halangan. Kesian la kat orang buta yang lalu kat situ asik terlanggar, terhantuk dan terjatuh akibat daripada sikap masyarakat yang tak ambil peduli dengan laluan khas tu.
So abang nak ingatkan kepada yang dah baca entry ni supaya pesanla kat sape yang kacau laluan khas orang buta ni agar jangan buat macam tu dan kita yang dah tahu ni jangan pulak kita halang laluan ni ye..
SelamaT Beramal dan Jangan Notty-Notty ye (^_^)
Bola itu Bulat
Baru-baru ni rakyat Malaysia begitu berbangga sekali dengan kejayaan pasukan bola sepak U23 di Sukan SEA Indonesia. Begitu emosi kita melihat perlawanan final bertemu Indonesia. Walaupun Indon mula lead tapi Malaysia bangkit dengan header berani mati yang dilakukan oleh Asarudin. Gol tu memang abang nampak Asarudin ni memang bermati-matian nak golkan.
Bola..bola..bola.. abang mula kenal bola sepak ni sejak abang sekolah rendah. Masa Pendidikan Jasmani la buat pertama kali abang berpeluang menyepak bola secara live. Rasa bangga di hati apabila cikgu suruh abang demo cara menyepak bola di depan kawan-kawan. Sekali bila sepak kena marah lak dengan cikgu. Abang mula tak berpuas hati dengan Cikgu Ismail ketika itu.
Abang Ajoi : la.. tadi cikgu kata suruh sepak.. Ni marah pulak…
Cikgu Ismail : Yang awak sepak bola tu sampai hujung padang buat ape. sepak dekat-dekat suda..
Abang Ajoi : Oooo…(sengih-sengih sambil lari pergi kutip bola)
Abang tak berapa reti main bola sepak masa tu.. position yang abang akan ambil adalah CB (center back). Abang tak reti nak drible (menggelecek) dan malas nak kejar bola. So abang akan tunggu bola datang dan clearkan (sepak jauh-jauh J). Masa sekolah rendah memang selalu abang main bola petang-petang kat sekolah. Time sekolah menengah lak abang jarang sangat main bola.. just bila ade pertandingan je baru main.. Tu pun puas member ajak. Masa tu sorang player bola pun abang tak kenal, dengar jela Eric Cantona (eric ikan tuna), Ronaldo, David Becham. Player Malaysia lagila abang tak tau.
Bila abang semester 6 kat U (awal 2010) abang mula minat kat bola sepak ni. Tu pun disebabkan oleh Benda alah kat bawah ni…
Roomate telah memperkenalkan abang dengan game ni hingga menyebabkan abang ketagih nak main setiap hari J Melalui game ni jugak abang kenal player-player bola yang terkenal dan tau position dan peranan yang perlu dilakukan oleh setiap pemain. Game PES ni jugak buat abang tahu taktikal dalam permainan bola sepak. Jadi kat sini abang amat menyokong budak-budak or sesape je main game ni berbanding main game tembak or yang ganas-ganas tu.
P/S : Sorryla Saffe Salli and Safiq Rahim. Abang dah lama main kat Real Madrid (^_^)
Friday, December 2, 2011
AJK Masjid Anti Kanak-Kanak
Korang perasan tak sesetengah masjid ada letak papan notis “Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dilarang memasuki masjid”. Perkara ni menampakkan bahawa AJK masjid di situ kurang mesra dengan kanak-kanak. Padahal masa diorang kecik-kecik dulu ada ke Pak Imam ke Tok Bilal tak kasi diorang masuk masjid. Bila letak signboard tu menunjukkan macam Islam ni kurang mesra dengan kanak-kanak hakikatnya bukan begitu sebenarnya.
Rasulullah S.A.W amat menyukai dan kasih kepada kanak-kanak. Baginda amat menyenangi apabila bersama-sama dengan anak-anak kecil. Malah, kanak-kanak juga amat menyenangi baginda. Kadangkala, mereka suka berpangku di atas peha Baginda. Pernah pada suatu hari, Baginda membariskan Abdullah, Ubaidullah dan putera – putera Saidina Abas yang lain.
Baginda berkata, Siapakah di antara kamu yang terlebih dahulu sampai kepadaku, akan aku berikan sesuatu.Maka mereka berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian mereka duduk dekat Rasulullah dan baginda memeluk dan mencium mereka.
Lihatlah betapa kasihnya Rasulullah S.A.W pada kanak-kanak. Berbeza pulak dengan AJK sesetengah masjid ni. Nak jawatan tapi pergi masjid just time solat Jumaat je. 5 waktunya di mana dong… Ooppss.. teremosi suda.. Abang bukannya ape, masa kecik-kecik nila nak kenalkan pada masjid. Sekurang-kurangnya kanak-kanak dapat pendedahan tentang solat berjemaah.
So kepada korang yang baca ni kalau berani sangat korang buang la signboard tu. Kalau berani je korang bagitaula AJK masjid yang ada signboard macam tu. Kalau tak berapa berani macam abang.. korang tulis la dalam blog korang..hehehe J
Selamat Beramal…Renung-renungkan J
Wednesday, November 9, 2011
Saya Nak Jadi Cikgu
Kami Guru Malaysia
Kalau abang kahwin dulu maybe dah dapat 2 orang anak..hehehe yela 4 tahun. Sekarang ni setelah habis degree. Abang hanya mengusahakan tanaman anggur yang alhamdulillah setakat ni berjaya sejak bulan Ogos yang lalu. Semakin bertambah sihat tubuh badan abang kerana di rumah begitu banyak sekali makanan yang perlu dihabiskan. Berlainan pula suasana ketika abang study kat upsi dulu. Sering mengidam makanan2 yang enak yg hanya mampu dilihat kerana perlu bajet cikit duit tu.
Yela duit yang ada tu macam2 nak guna buat asignment, t.up, tambang bas nak balik kampung, belanja kawan(jarang sekali) dan macam2 lagi :) Terima Kasihla buat kerajaan Malaysia kerana memberi peluang untuk abang duduk di rumah begitu lama. Dapatla abang membantu ibu & bapa di rumah. Nak qada' masa study dulu :)
Hari2 abang menanti jawapan yang tidak pasti. Bilakah abang akan dipostingkan??? Abang pun nak kumpul duit nak kahwin macam awak yang dah keje tu.. Tau2 jela harini.. nak kahwin pun susah paling kurang pun nak ada RM30k. Kos hidup tinggi dik.. semuanya nak guna duit.
Kepada kawan2 yang senasib dengan abang ni. Teruskan perjuangan menuntut hak kita. Sama2la kita berdoa moga Allah taala mudahkan urusan kita. Apa yang jadi ni adela hikmahnya. Macam entry abang yang di SINI.
p/s : Kami bukan menentang, kami cuma menuntut hak.
Jom Makan Periuk Kera
Rasanya tak terlambat untuk abang ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada yang seagama dengan abang :) Rayakan sebulan..hehe Abang sebenarnya nak tunjukkan korang satu makanan yang ekzotik. Makanan ini jarang-jarang sekali kita dapat lihat di muka bumi ini.. Daripada temubual yang abang jalankan hanya sebahagian kecil manusia je yang pernah jumpa makanan ni..
Mohd Zakuan : ehe.. makanan ape ni nok?? periuk kera???
Tasya(gadis kota) : Eeee.. ape tu?? periuk kera?? bukan ke benda tu makan serangga??
Siti Nor(gadis desa) : Periuk kera??? Boleh makan ke???
Ramai lagi orang yang tak tahu makanan ni. Abang pun baru beberapa tahun yg lalu je baru tau. Periuk kera ni biasanya akan dibuat time raya. Macam lemang jugak konsep dia cuma ia tak dibakar dan tak guna buluh. Ramuannya tetap sama macam lemang.. santan & beras pulut.. cuma ia dikukus je.
Senang je nak buat cuma mungkin payah cikit nak cari periuk kera ni. Hanya terdapat di tempat2 tertentu je.
Mohd Zakuan : ehe.. makanan ape ni nok?? periuk kera???
Tasya(gadis kota) : Eeee.. ape tu?? periuk kera?? bukan ke benda tu makan serangga??
Siti Nor(gadis desa) : Periuk kera??? Boleh makan ke???
Ramai lagi orang yang tak tahu makanan ni. Abang pun baru beberapa tahun yg lalu je baru tau. Periuk kera ni biasanya akan dibuat time raya. Macam lemang jugak konsep dia cuma ia tak dibakar dan tak guna buluh. Ramuannya tetap sama macam lemang.. santan & beras pulut.. cuma ia dikukus je.
Senang je nak buat cuma mungkin payah cikit nak cari periuk kera ni. Hanya terdapat di tempat2 tertentu je.
Periuk kera yang terdapat di hutan tropika
Bahagian atas perlu dipotong dan dibersihkan terlebih dahulu
Bahan asas yang perlu ada: Beras Pulut dan Santan
Ramuan asas perlu dimasukkan ke dalam periuk kera
Periuk kera yang sedang dikukus
Periuk kera yang telah siap sedia untuk dimakan:)
Sedap tu santan die banyak..lemak2 rasa (^_-)
Jemputla rase..hehehe kalau teringin nak makan nanti raya datangla umah abang ajoi :)
Wednesday, November 2, 2011
Cinta Elysa Tiru Drama Korea Full House??
Hahaha korang terkejut bukan?? ha...?? tak??? ala kecik hati Abang Ajoi...hehe
Korang tengok cerita Cinta Elysa tak kat TV3 tu?? Tak tengok?? Tipu leteww :p
Abang Ajoi percaye si gadis pasti dah tercegat depan tv bila pukul 9 malam hari selase..
Tengok-tengok jugak tapi korang perasan tak ade persamaan dalam cerita Cinta Elysa dengan cerita Full house. Ala drama korea yang korang tergiler-gilerkan dulu :)
Kat cini Abang Ajoi nak tunjukkan peniruan yang dilakukan dalam Cinta Elysa.
Cuba korang tengok gambar kat bawah ni :
Haa.......... nampak tak persamaan kedua-dua drama ni.. Tengok gaya kaki je dah same cume awek korea tu lagi seksi cikitla daripada Fasha Sandha.Mungkin kalau korang selidik dan hayati dua-dua drama ni. Korang mungkin akan perasaan yang gaya watak Aril & Elysa ade sedikit persamaan dengan watak Lee Young Jae dan Jie Eunn dalam Full House cuma disesuaikan mengikut jalan cerita dan kesesuaian dalam masyarakat Malaysia.
p/s : Three Bear tetap terbaik (^_-)
Korang tengok cerita Cinta Elysa tak kat TV3 tu?? Tak tengok?? Tipu leteww :p
Abang Ajoi percaye si gadis pasti dah tercegat depan tv bila pukul 9 malam hari selase..
Tengok-tengok jugak tapi korang perasan tak ade persamaan dalam cerita Cinta Elysa dengan cerita Full house. Ala drama korea yang korang tergiler-gilerkan dulu :)
Kat cini Abang Ajoi nak tunjukkan peniruan yang dilakukan dalam Cinta Elysa.
Cuba korang tengok gambar kat bawah ni :
Ni gambar drama Cinta Elysa
Ni pulak gambar drama Full House
Haa.......... nampak tak persamaan kedua-dua drama ni.. Tengok gaya kaki je dah same cume awek korea tu lagi seksi cikitla daripada Fasha Sandha.Mungkin kalau korang selidik dan hayati dua-dua drama ni. Korang mungkin akan perasaan yang gaya watak Aril & Elysa ade sedikit persamaan dengan watak Lee Young Jae dan Jie Eunn dalam Full House cuma disesuaikan mengikut jalan cerita dan kesesuaian dalam masyarakat Malaysia.
p/s : Three Bear tetap terbaik (^_-)
Monday, October 31, 2011
Kisah Boy & Gurl
Seketika sedang aku
asyik bawak member aku naik moto, tiba-tiba aku teringat pulak kisah sepasang
remaja yang hangat bercinta. Diorang ni memang selalu berjumpa. Pantang ade
cuti, mesti diorang akan keluar berjalan-jalan, tak kisahla jauh atau dekat.
Yang penting dapat jalan same2. Mase tu si boy tu masuk form 6, yang si gurl ni
dah melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Biasenye si boy & gurl ni akan setting tempat n masa
dulu. Keesokannye bile boy dah siap je, boy akan mesej tanye si gurl .
Boy : As’kum.. Gurl…
dah siap ke blum?
Gurl : W’slm.. dah, boy tunggu gurl kat tempat biase ye.. lg
15minit gurl sampai.
Boy pun akan pergi dulu tempat nak ambik gurl sebab boy
takut nak ambik gurl kat umh coz takot kene pelempang ngn parent gurl. Gurl akan
suruh akak or dady die hntr tmpt yang boy tunggu.
bile dah sampai je gurl akan pastikan line clear dlu sblm
suh boy dtg ambik naik moto. Bl line line dah clear boy pun dtg kat gurl dengan
hati yang girang gembire J
Boy akan membonceng Gurl menaiki Honda beliau :)
Boy : Hai.. lame x jmp kan..hehe(sengih2 mcm dah setahun x
jmp)
Gurl: Ala baru je mggu lps jmp kan? Ala tp gurl suke je klu
dpt jmp boy..hehe
Boy : Suke ye..hehe(dlm hati berbunge2 bl gurl ckp cmtu).
Meh boy pkaikan gurl helmet.
waa..
comelnye gurl pakai helmet..hehe
Gurl: Eee.. boy ni ade2 je..(malu2 tp dlm hati suke gler
sambil tepuk blkg boy).
Mungkin inilah helmet yg digunakan oleh Boy & Gurl :p
Mereka pun meneruskan perjalanan ke tempat yg hendak dituju.
Haritu diorg plan pergi air terjun yg ade dekat derah diorg. Sampai je ke
lokasi yg dituju, boy n gurl akan beli air n makanan dlu. Then diorg pun akan
menuju ke port yg baekk.. utk diorg pergi lepak. Maksud aku tempat terbuka yg
ramai org J
Boy n gurl pun melepakkan dirinye sambil mkn n minum sambil
borak2. Isi yg biasenye terdapat dlm perborakkan mereka adalah :
1. Laporan sepanjang mggu lepas.
2. Bincang mase depan.
3. Luahan hati kalau ade sape2 yg sakitkan hati.
Sambil2 tu boy n gurl akan suap-menyuap makanan antara satu
same lain. Boy ade cerite kat aku bile gurl suap je makanan kat mulut die, boy
rase aura kasih syg masuk dlm hati die. Aku pun ye kan jela sebab aku pun xde
pglmn bercinte2 ni..hehe
Mase pun terus berlalu, boy dah melanjutkan pelajaran ke menara
gading manakala gurl dah mule bekerja di sebuah syarikat swasta. Bile gurl dah
bekerja, mase & care berfikir pun dah x same mcm ms student dulu. Jd bykla
kekangan waktu utk bersame selalu dgn boy. Boy cuba memahami situasi gurl yg
mungkin sibuk bekerja hingga tidak membls msj or call dr boy.
Lame-kelamaan boy mule mengesyaki sesuatu terhadap diri
gurl. Boy yg 6sense nye kuat bertanye pd gurl.
Boy : Gurl skrg ni lain mcm je boy tgk. Selalu x bls msj or
jwb call boy. Cb gurl bgtau knp atau gurl dah ade org lain?? ckpla betul2..
Gurl : Eh.. xdela.. gurl cume bz ckit kot.
Boy : Gurl jgn main2.. dlu ms mule2 kje gurl xde pun mcm ni.
blh je bls msj boy. Tp skrg ni 1 msj pun payah nak bls 1 hr. ckpla betul2..
jgnla buat boy mcm ni…
Gurl : Erm.. sbnrnye gurl ade knl sorg lelaki ni.. die
baik.. selalu tolong gurl kt office.. lame2 gurl rs suke kat die.. sorila..
gurl xtaula dgn hati gurl ni..
mase tu hati boy dah mcm kace yg berderai kene tembak ngn
M16 je rsnye.. kesian aku tgk boy.
kat kelas aku tgk die cam happy je tp bl blk kolej asik
menangis je kjenye.. Kdg2 aku tgk boy tu dah mcm tentu arah je hdup die. Xnak
mknla, xnak keluarr g mn2 la. die keluar time g kelas je… Lame dlm 2 mggu ptus
tu aku tgk boy dah jrg menangis2 ni. Menangis pun time die bc Quran. nangis sbb
x pndai bc kot.hehe
Boy betul2 berubah, die rajin g surau kt kolej. Yg aku pelik
tu subuh pun die blh g surau, sblm ni subuh pun semayang waktu subuh gajah(7.30-10.00 a.m), alasannye
x sedar, jnji semayang katenye..
Quran ni dah jd sahabat baik Boy. Setiap kali baca Quran mesti Boy nangis.
Boy semakin tenang skrg. Die dah jd lebih baik drpd sebelum
ni. Die ckp dgn aku yg setiap perkara tu ade hikmahnye. Betul jgk ckp die tu. Aku
happy tgk die dah ok skrg,xdela sedih mcm dlu. Sian aku tgk..
Aku dah lame x dgr cter gurl. Boy kate die skit.. Ermm..
ntahla.. aku tgk dah mcm cerita korea dah. So kepada couple2 diluar sane
beringat2la ckit ms bercinta tu. Jgnla fikir yg korg akan terus bahagia utk selamanye
sebab kite pun xtau ape yg akan jadi pd ms hadapan. Jg batasan n syariat, jgn
mudah2 je bg pegang2.
Bernikah memang indah :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
























